• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Ribuan Pengunjung 'Serbu' Rumah Terbuka DUN Telemong

HULU TERENGGANU, 13 Mei – Lebih 5,000 orang pengunjung menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Pusat Khidmat Masyarakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, ia disifatkan sebagai sambutan paling meriah sejak memegang tampuk pemerintahan. 

Pegawai Penyelaras DUN Telemong Mohd Safari Abu berkata, kehadiran rakyat dari segenap lapisan masyarakat terutamanya kalangan anak-anak muda adalah sesuatu yang diluar telahan.

“Ledakan hadirin dari segenap penjuru masyarakat khususnya anak muda sangat memberangsangkan dan diluar apa yang kita jangkakan,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Telemong berkata demikian ketika ditemui sebaik usai program tersebut yang diadakan di Dataran Kuala Ping, baru-baru ini.

Beliau turut memohon kemaafan sekiranya ada yang ‘kurang’ serta tidak dapat memenuhi hajat disepanjang majlis itu berlangsung.

“Walau bagaimana pun kami pohon maaf diatas kecacatan dan kekurangan yang mungkin berlaku disepanjang majlis ini berlangsung,

“Terima kasih kepada petugas, tetamu dan hadirin yang menjayakan dan memberi sokongan kepada majlis ini, semoga ukhuwwah yang dijalin diantara kita berkekalan,” jelas beliau.

Menurutnya, para tetamu mula membanjiri Dataran seawal jam 8.30 malam, untuk merayakan Aidilfitri bersama pemimpin setempat pada majlis yang dijadual bermula dari jam 9.00 malam.

Majlis berlangsung sehingga jam 12.00 tengah malam Ahad 8 mei. 

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Speaker DUN Terengganu, Dato Yahaya Ali, Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Terengganu, Ustaz Maliaman Kassim, Pengarah i-MiTS, Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan Ustaz Mohd Harun Esa mewakili Pemuda PAS Negeri Terengganu.

 


Tag: