• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

RM30 Ribu 'One Off' Untuk Pelajar IPTA IPTS DUN Kijal

KEMAMAN, 3 November - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal telah memperuntukkan sebanyak RM30 ribu untuk Bantuan 'One Off' Persediaan Awal Memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta (IPTA/ IPTS) untuk tahun 2020.

Penolong Pembantu Tadbir PKM DUN Kijal, Nurul Iriena Mohd Ariffin, 26, berkata, seramai 146 pelajar yang direkodkan telah menerima bantuan tersebut semenjak bulan Jun tempoh hari.

"Semenjak bulan Jun tahun ini sehingga sekarang seramai 146 pelajar telah menerima bantuan ini.

"Walaupun nilainya tidak seberapa untuk setiap pelajar namun ianya cukup membantu ibu bapa mereka yang terpaksa berbelanja besar bagi melihat anaknya meneruskan pembelajaran ke menara gading," katanya.

Nurul Iriena (kanan) menyerah bantuan 'One Off'.

Nurul ditemui oleh Urusetia Penerangan Darul Iman sejurus selepas menyerahkan bantuan yang telah diluluskan kepada pemohon yang berjaya di Pejabat PKM DUN Kijal, baru-baru ini.

"Permohonannya amat mudah, pelajar boleh datang terus ke pejabat PKM ini dengan mengisi borang yang telah disediakan dengan beberapa dokumen yang diperlukan.

"Insya-Allah ia akan dluluskan dalam masa yang terdekat dan kita akan meneruskan bantuan 'One Off' ini bagi membantu mereka yang memerlukan di tahun yang akan datang dan seterusnya," ucapnya.


Tag: