• 17 Apr 2024 | 8 Syawal 1445

Rumah Daif Milik Rahmat Dibaik Pulih

MARANG, 21 Januari - Kehidupan keluarga Rahmat  Hidayat @Rahmat Sarmin yang serba daif, di Kampung Batangan, di sini dibantu Pusat Khidmat  Masyarakat (PKM) Rhu Rendang dengan membaik pulih rumah.

Rahmat bersama Siti Aminah Habsu serta tujuh orang anak dan tiga daripadanya masih bersekolah mendiami rumah tanpa lantai konkrit dan tiada kemudahan asas seperti bilik, tandas dan dapur  itu sejak 18 tahun lalu.

Rahmat baru berkerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah tapak projek manakala isterinya pula menjual produk tradisional nisan.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, setelah mendapat maklumat, pihaknya telah turun segera untuk meninjau keadaan keluarga tersebut.

 

"Kita  membawa kakitangan Pusat Giat Mara dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menyalurkan terus bantuan kepada mereka.

“Rumah ini akan dibaik pulih seperti membina lantai, membina bilik dan tandas yang lebih sempurna memandangkan tandas yang ada berada sangat jauh di bawah bukit dalam kawasan reban itik,"katanya.

Dua agensi itu juga  bersetuju untuk membantu melalui peruntukan baik pulih rumah di bawah KPLB dan Giat Mara sebagai pelaksana.

Pasangan itu turut menjaga ibunya yang uzur dan sakit terlantar 

PKM Rhu Rendang turut panjang perkara itu kepada Tabung Darul Iman bagi bantuan pampers dan barangan keperluan lain kerana pasangan itu didapati menjaga ibu yang sakit terlantar. 


Tag: