• 09 Mei 2024 | 1 Zulkaedah 1445

Sabri 'Nakhoda' Baharu Terengganu FC Sdn Bhd

KUALA TERENGGANU, 9 Oktober - Mohd Sabri Abas dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) yang baharu, berkuatkuasa semalam.

Keputusan itu diumumkan di media sosial Terengganu FC hari ini, setelah pelantikan secara rasmi dibuat dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TFCSB kali ke-3, dipengerusi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim di sini, semalam.

Sabri sebelum ini memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi TFCSB sejak tahun 2020.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Ahli Lembaga Pengarah melihat kredibiliti serta pengalaman dimiliki beliau menjadikannya calon terbaik bagi menerajui TFCSB kini.

Untuk makluman, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif PBSNT yang turut berlangsung semalam, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dengan merujuk kepada Statut PBSNT, telah melantik Hishamuddin sebagai presiden yang baharu menggantikan dirinya. 

 


Tag: