• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

SATU Rancakkan Kerja Pembaikan Paip Dasar Sungai Besut

BESUT, 13 Januari – Syarikat Air Terengganu (SATU) Sdn Bhd memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikian dan pemasangan paip bersaiz 600mm dasar Sungai Besut sedang berjalan.

Jurucakap SATU berkata penyediaan reka bentuk berjaya disiapkan 100 peratus manakala paip 'Mild Steel & HDPE' pula telah berada di tapak dan bersedia untuk kerja pembaikian.

Katanya, pihaknya juga telah melantik pembekal untuk projek berkenaan.

"Pihak SATU telah berjaya melaksanakan persempadanan kawasan bekalan air dengan mengurangkan impak gangguan air menerusi persempadanan semula Zon Bubus.

"Ia bagi meminimakan kawasan yang dijangka akan mengalami masalah tekanan air rendah," katanya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Tambahnya, proses persempadanan semula ini telah berjaya mengurangkan impak sehingga 2,000 akaun.

Selain itu, bantuan alternatif sebanyak 102 buah tangki statik dan 11 buah lori tangki telah ditempatkan bagi kawasan terlibat dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal.

Terdahulu, bekalan air terputus berpunca daripada kebocoran paip bersaiz 600 mm di dasar Sungai Besut berhampiran dengan Jambatan Kampung Lampu.

Kebocoran paip tersebut mengakibatkan 2,670 akaun pengguna menghadapi gangguan bekalan air yang bermula pada 1 Januari 2024 sehingga 21 Januari 2024.

SATU akan memaklumkan perkembangan situasi ini dari semasa ke semasa menerusi kesemua media rasmi SATU seperti mySATU, Facebook dan Instagram atau hubungi Careline di 1300-88-2111.


Tag: