• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Satu Sungai Lepasi Paras Bahaya, 3 Peringkat Waspada

KUALA TERENGGANU, 22 November - Satu sungai di Terengganu melepasi paras bahaya manakala tiga lagi mencatatkan bacaan melepasi paras waspada susulan hujan berterusan sejak tiga hari lepas.

Ia membabitkan paras air sungai di parit utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus merekodkan bacaan  3.93 meter (m) berbanding paras normal 1.5 m.

Berdasarkan laporan infobanjir.water.gov.my sehingga 9.00 pagi ini, tiga sungai di tiga daerah direkodkan melepasi paras waspada iaitu Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus; Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Setiu dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman.

Sehingga jam 10.00  pagi ini, sebanyak 31 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di lima daerah.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan pembukaan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Kah pada malam tadi yang menempatkan 23 mangsa daripada lima keluarga.


Tag: