10 Keluarga di Pulau Redang Terima Rumah Pemberian Kerajaan Negeri
Oleh : Syahida Mohd
KUALA NERUS, 14 Mei - Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun in lebih bermakna bagi pasangan suami isteri di kampung Gong Pak Jin, Tepoh selepas impian untuk tinggal di rumah lebih selesa akhirnya tercapai.
Reme Dzulkifli, 37, dan pasangan Nur Asyikin, 30, bersama tiga orang anak yang merupakan salah satu keluarga daripada keluarga yang dalam rumah yang serba kekurangan.
Kini mereka menikmati kediaman baharu lebih selesa dilengkapi tiga bilik tidur, dapur, tandas dan bilik mandi melalui Projek Perumahan Rakyat Terengganu Sejahtera (PPTS) mengantikan kediaman lama yang usang.
Reme yang bekerja sebagai pemotong rumput dengan hanya pendapatan RM1,100 sebulan itu berkata, tanpa bantuan kerajaan dia dan isteri hanya mampu tinggal di rumah usang.
"Kami berterima kasih kepada kerajaan terutama kesungguhan dan usaha dari wakil rakyat kami yang sudi membantu mendapatkan rumah baharu.
"Saya dan isteri tidak berkemampuan langsung untuk membina rumah kerana memerlukan kos yang tinggi" katanya ketika ditemui media kelmarin
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berharap usaha yang dicurah oleh kerajaan negeri dapat diteruskan untuk masa akan datang.
"Isya-Allah kita akan cuba sedaya upaya membantu dan berusaha memenuhi hasrat rakyat negeri Terengganu untuk mendapatkan rumah seperti PPTS atau rumah mampu milik di mana-mana tempat.
"Kita harap mereka selesalah duduk di rumah baharu bersama dengan ahli keluarga masing-masing," katanya
Selain rumah tersebut, terdapat dua buah rumah lagi yang turut diserahkan kunci iaitu di Kampung Padang Nenas dan di Kampung Tok Jiring.