• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Sempadan Antarabangsa Baharu Di Terengganu Lonjakkan Ekonomi Negeri

KUALA TERENGGANU, 1 November - Sebuah pintu sempadan antarabangsa baharu di Terengganu akan dibuka menjelang akhir tahun ini atau suku pertama tahun depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia membabitkan lokasi di Lembah Silika Terengganu termasuk tiga lagi pintu di Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast, Kota Tinggi, di Telok Melano dan Baleh, Sarawak.

Katanya, melonjakkan lagi sektor ekonomi di negeri terbabit dijangka siap pada tahun hadapan.

"Pembukaan berkenaan bukan sahaja sebagai persediaan kemasukan pelancong jika rentas sempadan dibenarkan kelak bahkan mampu melonjakkan ekonomi di kawasan terlibat.

“Bagi pintu sempadan tersebut, Terengganu tidak lama lagi dalam tahun ini atau awal tahun depan dibuka juga yang sedang pembinaan yang telah bermula bulan Julai lalu,” katanya.

Terdahulu, kerajaan kini dalam usaha mewartakan pintu masuk imigresen baharu melibatkan laluan laut di Sabah dan Terengganu selain laluan darat di Sarawak.