• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Sesak, Kehadiran Luar Biasa Tak Pernah Berlaku

MARANG, 9 Mei - Kehadiran pengunjung ke Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan sangat luar biasa dan mengejutkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, kehadiran tetamu daripada pelbagai kaum, umur dan parti politik tidak sebagaimana biasa serta di luar jangkaan pihaknya.

“Jika tahun-tahun sebelum ini (waktu tiada pandemik) pengunjung sambutan Aidilfitri sudah ramai, namun kali ini kehadiran mereka di luar jangkaan.

“Sejak dibuka majlis, pengunjung tidak putus-putus datang bagi memeriahkan lagi suasana sambutan, lebih lima ribu yang hadir.

“Alhamdulillah ini menjadi medan bertemu mata dan merapatkan hubungan ukhuwwah sesama warga N20, Pengkalan Berangan,” katanya selepas sambutan kelmarin.

Dalam perkembangan lain, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Zuwislan Awang yang hadir sama memaklumkan bahawa kompleks sukan Wakaf Tapai akan beroperasi pada tahun ini. 

“Walau bagaimanapun, saya tidak mahu mengumumkan tarikh rasmi pembukaan, sebaliknya menunggu pengumuman secara rasmi daripada ADUN Pengkalan Berangan,” tambahnya.


Tag: