Royalti Petroleum : Kerajaan Perpaduan Lebih Teruk Daripada Kerajaan PH
MB Terengganu (tengah) dan MB Kelantan (tiga dari kiri) turut hadir di Himpunan Setengah Juta Umat di Dataran Merdeka. |
KUALA LUMPUR, 9 Disember - Himpunan Aman menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mencipta sejarah apabila 500,000 rakyat berbilang kaum dan agama seluruh negara berhimpun di Dataran Merdeka mulai jam dua hingga lima petang semalam.
Himpunan itu disifatkan sebagai terbaik berbanding Himpunan BERSIH sebelum ini kerana lebih aman dan terkawal.
MB Kelantan mengimami solat zohor di Masjid Negara. |
Himpunan ucapan terima kasih kepada kerajaan pusat kerana tidak meratifikasi ICERD itu menghantar mesej amaran agar hasrat ratifikasi itu tidak diteruskan sampai bila-bila.
Ini kerana dasar tidak ada sebarang diskriminasi agama dan kaum sudah dilindungi dan termaktub dalam Perlembagaan Negara maka tidak ada sebab mana-mana kaum merasa tergugat dan curiga dengan layanan baik dan kontrak sosial yang diamalkan di negara ini.
Ahli Parlimen Marang (tengah) menyampaikan pantun berbentuk amaran untuk penyokong ICERD. |
Himpunan tersebut disokong oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob dengan kehadiran mereka di dataran itu.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melahirkan rasa syukur kerana Kerajaan Pusat membuat keputusan untuk membatalkan ratifikasi ICERD sehingga tidak dibawa ke Dewan Rakyat.
Tidak ketinggalan beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mengawal himpunan dan memberi kerjasama kepada pihak penganjur.
"Mereka adalah saudara-saudara kita, sebangsa dengan kita, seumat dengan kita dan serakyat dengan kita, " tegas Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang.
Antara setengah juta umat di Himpunan Bantah ICERD di Dataran Merdeka semalam. |
Himpunan peserta berbaju putih itu disertai kebanyakan pimpinan tertinggi PAS, UMNO dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sekaligus himpunan pertama terbesar selepas Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).