• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Sidang Parlimen Sebelum Ogos

PUTRAJAYA, 2 Julai - Dalam satu kenyataan rasmi pada hari ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata sidang parlimen dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

Katanya, Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuk berkait persidangan parlimen.

"Sehubungan dengan itu Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin, selaku ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen Malaysia sebelum 1 Ogos 2021.

"Perkara ini akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Julai 2021 nanti," ujarnya.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya persidangan Parlimen segera diadakan sebelum Ogos bagi membolehkan proklamasi darurat dan ordinan-ordinan darurat dibentangkan di Dewan Rakyat seperti yang termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Pandangan itu susulan sesi menghadap oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara pada 30 Jun baru-baru ini.
 


Tag: