• 16 Jan 2021 | 2 Jamadil Akhir 1442

 

Oleh : Azhar Yusof


HULU TERENGGANU. 24 Julai - Seramai 20 Orang Kena Pengawasan (OKP) Hulu Terengganu dan OKP ‘client‘ sukarela mengikuti program latihan kemahiran yang dianjurkan Madrasah Khairul Insan dibawah seliaan AADK Hulu Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah(JKPD) Hulu Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim  berkata, OKP  ini akan mengikuti latihan berdasarkan minat dan kemahiran yang ada pada mereka.

Katanya, ia adalah usaha memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada peserta mengenai ilmu berasaskan perniagaan.

 "Di antara latihan yang diberikan antaranya menjahit pelbagai pakaian, perniagaan berasaskan makanan dan kedai pakaian terpakai termasuklah cara menggunakan mesit jahit dan memasak.

"Pihaknya juga merancang untuk menganjurkan program itu berterusan untuk memberikan manfaat kepada pihak yang terbabit secara langsung dengan aktiviti perniagaan," ujar Maliaman ketika ditemui selepas turun padang melihat sendiri aktiviti perniagaan mereka semalam.

Tambahnya, program ini memberi peluang kepada peserta untuk menimba ilmu pengetahuan dari segi persediaan apabila mereka berada diluar nanti termasuk meningkatkan kemahiran peserta untuk mencari rezeki dengan asas perniagaan.

"Berdasarkan respon dari para peserta yang ditemubual, mereka mengakui dapat membina semula keyakinan diri.

"Sehubungan itu JKPD dan AADK sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana mana NGO untuk menganjurkan Program Latihan Kemahiran latihan buat OKP," ujarnya.


Tag: