• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Singgah Sahur Santuni 'Frontliners'

SETIU, 8 Mei - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri bersama NGO Permaisuri Care dan Iman Care menyantuni petugas barisan hadapan di daerah ini sempena program singgah sahur.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman berkata, program itu bermula pada pukul 2.30 pagi di Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu.

"Kemudian kita bergerak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, Pusat Kuarantin Agro Resort, Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan hospital Setiu.

"Ini adalah untuk menghargai segala usaha penat lelah pasukan barisan hadapan yang bekerja dalam memerangi pandemik COVID-19 ketika ini.

"Kita berikan sedikit sumbangan juadah bersahur bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini semasa program berkenaan.

Dalam program tersebut, sebanyak 180 bungkusan makanan diserahkan kepada 'frontliners' terbabit.


Tag: