• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Situasi Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Amat Menyedihkan

KUALA LUMPUR, 7 Disember - Situasi terkini di padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) diibaratkan seperti bendang yang amat menyedihkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata perkara itu mengundang tawa banyak pihak.

“Gambar padang stadium itu juga telah tular dalam pelbagai medium media sosial. 

“Perlawanan akhir tersebut akan menjadi tumpuan banyak pihak khususnya di kalangan peminat bola sepak antarabangsa. 

“Saya jangka ia akan menjadi bualan hangat seluruh peminat bola sepak dan kecederaan padang ini bakal menjadi bahan tawa peminat sukan berkenaan seluruh dunia,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di laman facebook rasmi miliknya pada hari ini.

Tambah Hishamuddin, perkara yang paling ditakuti oleh semua pasukan sama ada TFC mahupun JDT ialah kecederaan yang mungkin terjadi buat pemain mereka, mohon dijauhkan.

“Ia juga memungkinkan semua pemain lebih berhati-hati dan menyebabkan permainan hambar untuk aksi perlawanan akhir," ujarnya.

Beliau meminta pihak bertanggungjawab dan semua pihak terlibat untuk menjaga padang untuk stadium utama negara ini.

Meskipun begitu katanya, pihaknya tidak ingin mengambil kesempatan atas politik kepartian mengenai isu berkenaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Tag: