• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

SK Pusat Terima Sumbangan 120 Naskhah Al-Quran

KEMAMAN, 3 November - Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat melalui Panitia Pendidikan Islam telah menerima 120 naskhah al-Quran daripada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, pagi tadi.

Ia diberikan bersempena sambutan Maulidur Rasul dan Khatam Al-Quran melibatkan 120 orang murid Tahun Enam yang akan berlangsung pada 26 November nanti.

Hanafiah ketika ditemui mengharapkan agar dengan sumbangan itu dapat melancarkan majlis yang akan diadakan oleh pihak sekolah berkenaan.

"Semoga kita semua beroleh manfaat berpanjangan dan sentiasa berada di dalam rahmat Ilahi," ujarnya.

Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbiran SK Pusat, Ruzlaikha Abdul Rahman memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas penerimaan sumbangan al-Quran itu.

"Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat (YB) Hanafiah Mat di atas sumbangan yang diberikan ini. Kami sangat menghargainya," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di sini.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh Hanafiah di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Cukai.

Pihak sekolah akan mengagihkan al-Quran kepada pelajar dan ianya akan kekal menjadi milik setiap pelajar untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.

 


Tag: