• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

SMASZA Sertai Pertunjukan Inovasi Antarabangsa

Rombongan merakamkan gambar sebelum berlepas ke KLIA.
KUALA NERUS, 12 November - Tiga pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA) berangkat ke Zagreb, Croatia hari ini untuk menyertai Pertunjukan Inovasi Antarabangsa Kali Ke- 43.

Ahmad Fakhrul Ismail, 16, Ahmad Aliuddin Zulkifli, 16 dan Wan Wadhihah Nadhirah Faisal, 13, bersama guru pengiring, Saripah Embong dan Zawiah Dollah dihantar oleh sekumpulan guru dan pelajar di Lapangan Terbang Sultan Mahmud,  petang tadi.

Pengetua SMASZA, YM. Engku Abdullah Engku Dalam Ahmad yang ditemui pemberita merakamkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas sokongan yang diberikan terutama menerusi tajaan kewangan.

"Terima kasih kepada Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar atas sokongan yang diberikan ini dalam membantu kami merealisasikan misi 'SMASZA Di Persada Antarabangsa'," katanya.

YM Engku Abdullah berterima kasih kepada kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Saripah yang mengetuai rombongan melahirkan rasa syukur atas peluang yang diperolehi.

"Ini merupakan peluang pertama pelajar SMASZA  bertanding dalam peringkat antarabangsa di luar negara.

Saripah.
"Lebih menggembirakan, kami mendapat tawaran untuk bertanding di pertandingan yang diiktiraf sebagai pertunjukan inovasi tertua di dunia," katanya.

SMASZA akan menyertai pertunjukan itu bermula 14 sehingga 19 November 2018 setelah memenangi pingat emas pertunjukan inovasi peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur awal tahun ini.




Tag: