• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Sogok Pengundi : PAS Masih Menanti Tindakan Terhadap BN

KUALA TERENGGANU, 11 Ogos- Parti Islam Se-malaysia (PAS) Terengganu masih menanti tindakan pihak berkuasa ke atas laporan-laporan yang dibuat berkenaan perbuatan rasuah terutamanya penyogokan yang merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias Razak berkata tindakan segera itubadalah sangat penting bagi menjamin keabsahan keputusan pilihan raya.

Katanya, di samping memelihara sistem demokrasi yang menjadi tunjang pemerintahan negara ini.

“Justeru, PAS Terengganu berharap agar pihak berkuasa tidak memilih bulu dalam menguatkuasakan undang-undang dalam hal ini.

“PAS memohon kerjasama daripada semua pihak terutamanya para pengundi untuk terus memantau sebarang aktiviti berkaitan salah laku ini menjelang hari pengundian esok," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Isu Semasa bertempat di Pusat Media PAS Terengganu, Lot 9k Plaza Padang Negara Terengganu di sini hari ini.

Tambah Dr Alias, jika ada, segera laporkan kepada pihak berserta dengan bukti-bukti yang berkaitan.

“Penting bagi setiap rakyat bagi memastikan mereka yang menang sebagai calon pilihan raya adalah mereka yang bersih dan berintegriti untuk dijadikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Kita tidak mahu calon itu menang kerana rasuah dan politik wang.

“Pada ketika ini PAS Terengganu sendiri sedang meniliti beberapa insiden yang berlaku untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

 


Tag: