• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Speaker Naik Angin, Ahli Parlimen DAP Dihalau

KUALA LUMPUR, 12 November - Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, dihalau dari Dewan Parlimen selepas menyatakan Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun 'bodoh' dalam membuat keputusan.

Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu juga berkeras dengan kenyataan beliau walaupun telah diminta untuk ditarik balik.

"Kenapa saya perlu tarik balik apabila 'Speaker' telah membuat satu 'ruling' yang bodoh?," ujar beliau dalam Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga bertindak menghalau Yang Dipertua Dewan Rakyat apabila keputusan halau keluar dewan dijatuhkan kepadanya.

"Speaker yang patut keluar!," laung beliau.

Lim telah bangkit bagi mempertahankan kenyataan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung parti yang beliau anggotai.

Ahli Parlimen DAP itu juga digantung dari memasuki Dewan Parlimen selama lima hari akibat tindakan kurang ajar tersebut.