• 01 Mei 2024 | 22 Syawal 1445

SPM 2018: Doa, Solat Hajat Resipi Kejayaan Ahmad Nuruddin

Ahmad Nuruddin menunjukkan keputusan SPM yang diterimanya 

Oleh:Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU,14 Mac- Tidak pernah meninggalkan solat dan sering mengamalkan solat sunat  dan kerap berdoa menjadi rahsia pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, Wan Ahmad Nuruddin Wan Rusli.

Wan Ahmad Nuruddin 18, pelajar aliran sains agama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik (SHAMS) merupakan anak jati Kampung Belukar Jambu Kuala Terengganu.

Katanya, tiada rahsia  istimewa, cuma sering mengamalkan solat sunat, berdoa, jaga hubungan baik dengan ibu bapa, guru dan rakan seperjuangan serta  tidak lupa membaca yassin setiap malam.

“Ibu bapa adalah salah satu faktor penting dalam sesebuah kejayaan disamping dorongan daripada guru-guru dan kawan-kawan.

“Jika ada rezeki saya bercadang mahu menyambung pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin(UNISZA) dalam bidang perubatan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual Urusetia Penerangan Darul Iman selepas menerima slip keputusan daripada Menteri Besar di Dewan Saidina Abu Bakar,SHAMS, hari ini.


Tag: