• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

SPM Penentu Hala Tuju Masa Depan Pelajar


Oleh: Ahmad Syahid Adnan

KEMAMAN,  13 Oktober - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan medan 'peperangan' terpenting kepada pelajar sekolah dalam menentukan laluan kerjaya dan masa depan masing-masing.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, ujian SPM adalah yang terpenting, dan dengan persediaan yang lengkap, para pelajar dapat menjawab dengan baik.

"Strategi dan ilmu yang diperoleh daripada guru, hendaklah kita ingat dan gunakan dengan sehabis baik dalam menghadapi peperiksaan ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan kepada 110 pelajar yang bakal menduduki hari pertama Peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh, di sini, semalam

Beliau selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik turut menasihatkan kepada semua calon SPM agar tidak mengabaikan kesihatan diri dalam menempuhi ujian yang bakal berlangsung sehingga bulan Disember ini.

"Yakinlah dengan kebolehan diri, insya-Allah kalian boleh menjawab semua soalan yang diberikan dengan baik," tambahnya.


Tag: