• 05 Nov 2024 | 03 Jamadil Awal 1446

SRIDI Kijal Bakal Beroperasi Di Kompleks Paya Lasir


Oleh : Alfian Mamad

KEMAMAN, 30 Julai – Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Dewan Undangan Negeri(DUN)Kijal akan beroperasi di Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal pada awal tahun hadapan.

Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata pihaknya akan menyewa sebanyak enam pintu kedai bahagian atas di Kompleks Paya Lasir dengan Majlis Perbandaran Kemaman( MPK).

"Alhamdulillah, salah satu manifesto kerajaan yang ada sekarang iaitu satu DUN satu Sekolah Rendah Islam berjaya ditunaikan di DUN Kijal ini.

"InsyaAllah ianya akan beroperasi pada awal tahun hadapan,” kata beliau.

Hazri berkata demikian ketika berucap di sesi taklimat bersama pegawai dari Pejabat Agama Terengganu, Ustaz Sahari Anuar Ahmad  yang turut dihadiri oleh Kakitangan Imits dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kijal.


Selepas sesi taklimat, rombongan dari Pejabat Agama yang hadir dibawa ke Kompleks Paya Lasir bagi meninjau kesesuaian premis yang akan menempatkan dua kelas SRIDI bagi peringkat permulaan ini.

“Alhamdulillah bangunan ini sesuai dan selamat digunakan, cuma sedikit penambahbaikan akan dilakukan oleh pihak MPK bagi memastikan keselamatan pelajar SRIDI ini lebih terjamin,” jelas Ustaz Hazri ketika ditemui selepas sesi lawatan tapak di premis tersebut.

Tag: