• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

SRIDQ Marang, Hidupkan Budaya Islam


Oleh: Aslam Wira

MARANG, 2 Januari - Sekolah Rendah Islam Darul Quran (SRIDQ) Marang memulakan sesi pertama persekolahan tahun baharu 2020 dengan terasnya menerapkan pendidikan Islam di kalangan pelajar.

Ketua Mudir SRIDQ Marang, Najmuddin Rani, berkata, sekolah itu ditubuhkan bagi menghidupkan peranannya sebagai penyebar budaya Islam.


Katanya, setakat tahun ini, kita sudah mempunyai dua buah kelas dan hanya dibuka kepada Tahun Satu sahaja.

“SRIDQ menekankan  tiga sistem pendidikan utama iaitu subjek agama dan pra tahfiz tanpa mengabaikan bidang akademik bersesuaian dengan moto Membina Generasi Bertaqwa.

“Semalam merupakan hari pertama persekolahan dan ianya berjalan dengan lancar," katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika meninjau sekolah berkenaan.

Sementara itu, bapa pelajar, Mohd Hafizol Mohamad berkata, tujuan utamanya mendaftarkan anaknya supaya dapat menguasai al-Quran, ilmu tauhid, akhlak, sirah dan sebagainya seiring mata pelajaran akademik diterapkan dalam diri masing-masing.

“Pengajian al-Quran yang diterapkan dalam sistem pendidikan memudahkan anak-anak lebih faham kepada ilmu akhirat.

“Ini juga menjadi impian kepada ibu dan bapa untuk melihat anak mereka yang di dadanya dibudayakan ilmu dan akhlak yang baik,” tambahnya lagi.


Tag: