• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Sultan Mizan Berkenan Saksi MOU Projek Kelestarian Ekosistem Terengganu

KUALA TERENGGANU, 12 Disember – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Projek Penanaman Pokok Gelam, Taman Negeri Setiu Wetlands bertempat di Westin Hotel, Bukit Bintang di sini.

Terdahulu, ketibaan tiba baginda disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama barisan kepimpinan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu.

MOU tersebut terjalin antara Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) bersama Benua Hijau Sdn Bhd dan Pejabat Tanah Setiu dalam usaha untuk kelestarian ekosistem di kawasan tersebut.

Jurucakap Taman Negeri Terengganu berkata Pemeteraian MoU itu untuk menjalankan Projek Penanaman Pokok Gelam bagi tempoh 10 tahun di kawasan Tasik Berombak.

Di samping jelasnya, bertujuan pemuliharaan kembali kawasan yang telah mengalami kerosakan seluas 200 ekar dalam usaha untuk kelestarian ekosistem di kawasan tersebut.

"Projek itu dilihat akan memberi manfaat dan kelebihan kepada kedua-dua pihak dalam usaha perkongsian tanggungjawab antara pihak Kerajaan dan Korporat.

“Bagi pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi terutamanya di Taman Negeri Setiu Wetlands,” katanya dalam kenyataan media pada hari ini.

Mewakili MPTN, MoU ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja merangkap Pengerusi MPTN.

Manakala, pihak Benua Hijau Sdn Bhd diwakili oleh Pengerusi Benua Hijau Sdn Bhd, Tengku Seri Temenggong Raja, Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Bagi pihak Pejabat Tanah Setiu pula, Mou tersebut telah ditandatangani oleh Pentadbir Tanah Setiu, Ahmad Rizal Mamat.

Tambahnya, inisiatif tersebut secara langsung akan memberi pulangan ekonomi kepada komuniti setempat.

Selain itu, menjadikan kawasan yang diwartakan di bawah Enakmen Taman Negeri Terengganu 2017 sentiasa dilindungi dan kekal hijau selaras dengan moto MPTN.

 

 

 

 


Tag: