• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Sultan Mizan Imarah Masjid Bukit Payung

Sultan Mizan berkenan menyampaikan duit raya dan bersalaman dengan jemaah kanak-kanan sejurus selesai menunaikan solat Jumaat. Foto oleh Abu Ubaidah Mohd Noor

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Besar Bukit Payung, Marang, semalam.

Baginda yang diiringi anakanda, Tengku Muhammad Mua'az disambut Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama sekitar 500 rakyat di qariah itu.



Baginda turut berkenan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir selepas solat.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri. (ADUN) Bukit Payung, Mohd Noor Hamzah, ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong dan  Pegawai Daerah, Mat Azmi Arshad.




Tag: