• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Sultan Terengganu Berkenan Rasmi Visit Beautiful Terengganu 2017


Sultan Terengganu meletakkan plak sebagai gimik merasmikan Visit Beautiful Terengganu 2017 di Duyong Marina & Resort Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
Sultan Terenganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Visit Beautiful Terengganu 2017 di Duyong Marina & Resort Pulau Duyong, Kuala Terengganu malam ini.

Keberangkatan baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail; Tengku Nadhirah Zahrah; Tengku Muhammad Mua'az dan Tengku Fatimatuz Zahra'.


Hadir menyambut baginda Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.



Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Ahli- ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.


Baginda seterusnya berkenan menyaksikan gimik pelancaran sebagai simbolik kepada penyempurnaan acara itu.


Gimik tersebut adalah persembahan air berkonsep UV light, pertunjukan laser mapping dan hologram water screen, bot berhias, persembahan jet ski dan pertunjukan bunga api.


Visit Beautiful Terengganu 2017 menyediakan pelbagai kegiatan di Pulau Warisan di pusat bandaraya ini antaranya termasuk permainan tradisional, persembahan kebudayaan dan kesenian, gerai pameran dan jualan serta aktiviti Motofest Terengganu.

Tag: