• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Sumber Nadir Bumi Malaysia bernilai lebih RM800 bilion

KUALA TERENGGANU, 11 November – Malaysia dilimpahi dengan kekayaan sumber asli baharu seperti sumber nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang bernilai lebih RM800 bilion. 

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Ahmad Amzad Hashim berkata kerajaan seharusnya bersungguh untuk memanfaatkan sumber REE sebagai satu sumber baharu untuk pacu ekonomi negara. 

“Industri nadir bumi merupakan industri yang amat kritikal dan strategik dalam pembangunan tenaga bersih, tenaga hijau, kenderaan elektrik, industri pemangkin, pertahanan, elektronik dan lain-tain. 

“Potensi dan kebolehan yang ada pada Lynas akan dapat membantu negara untuk menarik pelaburan yang berpotensi tinggi bagi menyokong industri pembuatan bahan termaju berteknologi tinggi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika bual bicara belanjawan : Rakyat Terbela? di Gombak TV baru-baru ini.

Tambah Amzad, REE merupakan komponen terpenting dalam penghasilan semikonduktor berteknologi tinggi yang bahagian penting dalam penghasilan supercharger, superbattery dan supermagnet.

Katanya, negara mempunyai ramai saintis jurutera yang terlatih dan memperoleh ilmu serta pengalaman dalam pemprosesan nadir bumi ekoran kehadiran industri nadir bumi di Lynas di Pahang.

“Memajukan REE memerlukan kemasukan pelaburan yang besar yang memerlukan usaha meyakinkan pelabur tentang risiko pelaburan.

“Saya melihat keputusan pendidikan yang telah dibuat oleh UPM, UKM dan MARDI berhubung dengan Condisoil sangat berpotensi untuk pertanian negara. 

“SIRIM, MARDI, UPM dan UKM telah menguji Condisoil dan mendapati ia selamat digunakan di dalam tanah, air, tisu tumbuhan dan juga makanan ruji kita,” ujarnya.

 

 

 


Tag: