• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Sungai Terengganu Lepasi Paras Bahaya

KUALA TERENGGANU,20 November - Paras air Sungai Terengganu di Parit Utama, Padang Kemunting (Kuala Nerus) telah melepasi tahap bahaya apabila mencatatkan bacaan 3.85 meter(m) berbanding tahap bahayanya ialah 3.8m.

Rekod tersebut dicatatkan setakat jam 3 petang tadi berdasarkan data dikongsi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my.

Manakala dua lagi sungai di negeri ini masing-masing melebihi paras amaran dan waspada iaitu Sungai Chalok di Jambatan Setiu merekodkan bacaan 8.26m melebihi tahap amaran 7.7m dan Sungai Setiu di Kampung Besut mencatatkan bacaan 16.52m melebihi paras waspada iaitu 16m .