• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Sweet Bakery & Frozen Mula Dibuka

KEMAMAN, 19 April - Sweet Bakery & Frozen, sebuah kedai yang membekalkan bahan pastri dan sejuk beku kini telah dibuka.

Pemiliknya yang merupakan usahawan muda, Mohd Zalhasmir Zulkifli, 23, bersyukur ke hadrat Ilahi di atas pembukaan kedainya itu.

"Alhamdulillah, hari ini kedai kami mula beroperasi. Saya mengharapkan dengan perasmian kedai pada hari ini akan mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat di negeri Terengganu ini khususnya.

"Selain daripada itu, kami juga mengharapkan dapat memajukan lagi perniagaan ini ke satu tahap sehingga mampu menambah cawangan lain bukan setakat di negeri Terengganu sahaja.

"Jadi, dengan pembukaan kedai ini dapat menjadi pedoman untuk kami pergi lebih jauh lagi," ujarnya selepas kedainya dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri merangkap Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat, baru-baru ini.

Sweet Bakery & Frozen membantu dan memudahkan urusan peniaga-peniaga kek yang ingin mencari apa sahaja bahan untuk membuat kek serta turut menjual barang sejuk beku seperti sosej, nugget dan lain-lain.

Kepada yang berminat boleh terus ke kedainya di alamat PT17375 Ground Floor, Basement And Ground Floor, Jalan Kemaman Kuantan, 24000, Kemaman Terengganu atau hubungi di talian 011-33526698.


Tag: