• 17 Apr 2024 | 8 Syawal 1445

TADC Bangunkan Tapak Semaian Buah Di Kijal

KEMAMAN, 18 Jun - Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) mula membangunkan prasarana untuk dijadikan tapak semaian buah-buah di tanah seluas lima ekar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal.

Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh menyatakan bahawa ia adalah kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Kijal dan Koperasi Dhuha Kemaman Berhad.

"Alhamdulillah, tanah seluas 2.5 hektar ini telah diluluskan oleh Pejabat Tanah Kemaman bagi dijadikan tapak semaian dalam usaha menyahut seruan kerajaan negeri iaitu '2021 Tahun Pertanian Terengganu'.

Penyediaan jalan ke tapak semaian.

"Bagi melancarkan program ini, Pejabat Penyelaras memberi amanah kepada Koperasi Dhuha untuk menyelia dan memantau perkara yang baik ini," ujar Hazri semalam.

Di samping itu juga katanya, projek berkenaan mampu membuka peluang kepada petani kecil dan penduduk sekitar untuk menjual benih buah-buahan mereka yang telah disenaraikan kepada TADC.

"Insya-Allah kalau ia diuruskan dengan teratur dan cemerlang dengan kepakaran 'research and development' (R&D) yang ada tidak mustahil penghasilan benih ditapak semaian TADC ini dapat menembusi pasaran antarabangsa," tambah beliau.


Tag: