Artikel "Utama" Terkini
Jeti Pulau Tenggol RM5.8 Juta Bakal Dibina
KUALA TERENGGANU, 18 April - Kerajaan Terengganu bakal membina jeti pelancongan awam ke Pulau Tenggol yang menelan belanja RM5.8 juta sekali gus menggamit lebih ramai kehadiran pengunjung.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, projek terbabit merupakan salah satu keutamaan bagi kerajaan negeri...
18 Apr 25
463
Persekutuan Digesa Tubuh Suruhanjaya Khas Kaji Sistem Federalisme
KUALA TERENGGANU, 18 April - Menteri Besar, Dato' Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Khas untuk mengkaji semula sistem federalisme negara agar lebih realistik dan sesuai dengan perkembangan semasa.
Beliau berkata, penambahbaikan ini penting bagi memastikan negeri dan negara dapat bergerak seiring dalam kitaran global yang semakin pantas...
18 Apr 25
313
Kerajaan Salur RM3.58 Juta Untuk Pelajar Cemerlang Terengganu
KUALA TERENGGANU, 17 April – Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu menyalurkan sebanyak RM3,581,400 kepada 268 pelajar cemerlang di negeri ini sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke universiti dalam dan luar negara pada tahun 2024.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahari Mamat berkata, agihan...
17 Apr 25
538
Pelan Teknologi Hijau Siap Dirangka
KUALA TERENGGANU, 17 April - Kerajaan Terengganu telah siap merangka pelan khas untuk pembangunan teknologi hijau atau Pelan Induk Teknologi Hijau Negeri Terengganu (PITIH) 2030 yang mempunyai beberapa fasa tindakan yang dirancang.
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pada...
17 Apr 25
436
PITAS2030 Pelan Holistik Bangunkan Negeri
KUALA TERENGGANU, 17 April – Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS2030) kini membuktikan bahawa pembangunan negeri sedang bergerak dengan nyata.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PITAS2030 merupakan pelan holistik yang menggabungkan pengukuhan ekonomi, pembangunan fizikal dan kesejahteraan spiritual rakyat.
"Sebagai ulangkaji kita bersama, inilah yang...
17 Apr 25
364
Agensi Kerajaan Bukan Alat Politik - Dr Sam
KUALA TERENGGANU, 17 April – Menteri Besar Terengganu memberikan amaran agar tiada mana-mana pihak memperalatkan agensi kerajaan demi kepentingan politik sempit, sambil menegaskan bahawa beliau tidak pernah rasa tergugat dengan kehadiran agensi penguat kuasa dalam pentadbiran negeri.
Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, budaya menggunakan agensi untuk menyerang...
17 Apr 25
422
MB: Hentikan Diskriminasi Politik, Kukuhkan Federalisme Demi Rakyat
KUALA TERENGGANU, 17 April - Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan bahawa sistem federalisme di Malaysia perlu bebas daripada diskriminasi politik agar rakyat dapat menikmati pembangunan secara adil, tanpa mengira sesiapa yang memerintah.
Beliau berkata, konsep federalisme yang sihat bukan sahaja memupuk pembangunan seimbang antara persekutuan...
17 Apr 25
282
SRIDI Miliki Premis Sendiri Tak Lama Lagi
KUALA TERENGGANU, 17 April – Kerajaan Negeri Terengganu komited untuk memastikan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dapat beroperasi di bangunan sendiri, dalam usaha memperkukuh sistem pendidikan Islam negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri, Dato’ Satiful Bahri Mamat berkata, kebanyakan bangunan yang digunakan...
17 Apr 25
1394
Suntik Inisiatif Khas Atasi Lambakan Buah-buahan
Inisiatif secara berterusan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan isu lambakan buah-buahan terus berulang.
17 Apr 25
332
Perbuatan Menghasut, Sengaja Tidak Solat Berdepan Tindakan Tegas
KUALA TERENGGANU, 17 April - Agensi di bawah portfolio dakwah dan pelaksanaan syariah akan meneruskan kerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam memperkasakan dakwah secara langsung di tapak pasar malam bagi mengajak masyarakat menunaikan solat fardu.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata,...
17 Apr 25
435