Artikel "Utama" Terkini
Pembangunan Tidak Seimbang: Hulu Terengganu ‘Ciput’ Dalam Senarai Projek
KUALA TERENGGANU, 15 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Mohd Zawawi Ismail menyuarakan kebimbangan terhadap kekurangan projek pembangunan fizikal yang dilaksanakan di Hulu Terengganu berbanding kawasan lain di negeri ini.
Beliau berkata, semasa meneliti senarai perancangan pembangunan negeri, daerah Hulu Terengganu kelihatan kurang diberi perhatian dan tidak seimbang...
15 Apr 25
677
Lata Hot Spring, Lata Tembakah Perlu Diberi Nafas Baharu Jadi Mercu Tanda Pelancongan
KUALA TERENGGANU, 15 April - Kerajaan Terengganu digesa agar memberikan nafas baru kepada dua lokasi pelancongan di Hulu Besut iaitu Lata Hot Spring dan Lata Tembakah yang berpotensi menjadi mercu pelancongan negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Hussaimi Hussin berkata, dua lokasi terbabit merupakan khazanah alam semula...
15 Apr 25
559
Tarik Anak Muda ke Sektor Pertanian
KUALA TERENGGANU, 15 April - Kerajaan negeri digesa untuk memperkukuhkan sektor pertanian negeri dengan memberi fokus kepada penglibatan generasi muda.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahimi Zulkifli, berkata usaha itu penting dalam memastikan pertanian kekal sebagai sektor yang mampan serta mampu menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negeri...
15 Apr 25
555
ADUN Bukit Tunggal Gesa Pembesaran Jambatan Buluh Gading Disegerakan
KUALA TERENGGANU, 15 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Sr. Zaharuddin Zahid menggesa agar projek pembesaran Jambatan Buluh Gading dilaksanakan dengan segera.
Menurut beliau, keadaan jambatan berusia melebihi 61 tahun berkenaan yang sempit kini menjadi faktor utama kesesakan yang semakin meruncing, khususnya dari arah Batu Enam ke...
15 Apr 25
759
Terengganu Semakin Maju, Tarik Minat Pelabur Luar
KUALA TERENGGANU, 15 April - Peningkatan jumlah kedai francais dan pasar raya di daerah kecil seperti Dungun menjadi petunjuk jelas bahawa Terengganu semakin diyakini sebagai destinasi pelaburan yang berpotensi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahimi Zulkifli berkata, kewujudan pelbagai vendor luar di Terengganu menunjukkan keyakinan pihak...
15 Apr 25
1263
Industri LNG : Anak Terengganu Tidak Ketinggalan
KUALA TERENGGANU, 15 April – Kerajaan Negeri Terengganu memberi jaminan bahawa pembangunan industri LNG turut memberi fokus kepada pembangunan modal insan tempatan serta penjenamaan semula Terengganu sebagai destinasi pelaburan berteknologi tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, projek LNG...
15 Apr 25
908
Subsidi 150 Juta Diberi, Kebajikan Pesawah Masih Tidak Terbela?
KUALA TERENGGANU, 15 April - Kerajaan telah mengumumkan penyediaan subsidi RM150 juta dalam tempoh 6 bulan untuk mengekalkan harga beras tempatan RM2.60 namun dilaporkan ia masih belum mampu menyelesaikan kemelut yang dihadapi pesawah.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim mempersoalkan pihak manakah...
15 Apr 25
470
1,637 Ekar Ladang Solar: Terengganu Terus Pacu Tenaga Baharu
KUALA TERENGGANU, 15 April – Terengganu kini memiliki keluasan ladang solar mencecah 1,637 ekar atau bersamaan 662.47 hektar, menjadikannya antara negeri yang aktif mengembangkan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, perkembangan ini menunjukkan komitmen...
15 Apr 25
1443
Terengganu Sasar Jadi Hab LNG Serantau Menjelang 2028
KUALA TERENGGANU, 15 April – Terengganu kini berada di landasan untuk muncul sebagai hab gas asli cecair (LNG) utama di rantau Asia Tenggara menjelang tahun 2028, susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri dan E&H Energy Sdn Bhd baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan...
15 Apr 25
676
RM1.33 Juta Untuk OKU: Terengganu Serius Mahu Lihat Mereka Berdikari
KUALA TERENGGANU, 15 April – Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan sebanyak RM1.33 juta tahun ini bagi mengurus dan mengoperasikan Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang, sebagai langkah nyata membantu golongan orang kurang upaya (OKU) keluar dari kepompong simpati dan bergerak ke arah kehidupan yang lebih berdikari.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan...
15 Apr 25
554