• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

'Tak Pernah Terfikir Nak Jadi PM'

KEMAMAN, 3 Dismber - Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak pernah terfikir untuk menjadi Perdana Menteri apabila menceburi bidang politik.

Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Terengganu berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya atau meminta untuk menjawat jawatan itu.

"Saya rasa dah jawab beberapa kali soalan (mengenai calon PM)target saya menyertai politik ini bukan untuk menjawat jawatan yang begitu tinggi.

"Walaupun begitu, sekiranya di masa akan datang diberikan amanah oleh parti dan juga rakyat, saya akan pertimbangkan perkara itu," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diumumkan menang dalam PRK Kemaman, di Pusat Penjumlahan Undi, Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, di sini, semalam.

Mengulas mengenai perkara yang akan dibawa ke parlimen, ujar Dr Samsuri ia bukan hanya berkait dengan parlimen malah akan turut berkaitan dengan agenda pentadbiran negeri.

"Nanti saya masuk parlimen dulu, insya-Allah ada pekara berkait bukan sahaja Parlimen Kemaman tetapi negeri Terengganu sendiri.

'Serta akan bersama dengan rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain bersama saling membantu untuk kesejahteraan Negara Malaysia," ujarnya.


Tag: