• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Tasik Kenyir 'Syurga Kaki Pancing' Bertaraf Antarabangsa

HULU TERENGGANU, 18 Disember - International Moosoonn Casting Tournament (IMCT) 2023 yang bermula 15  hingga 18 Disember baru-baru ini berjaya menarik minat 250 'kaki pancing' bukan sahaja dari dalam negara, bahkan dari Amerika Syarikat, Jepun, Singapura, China, Thailand dan Indonesia.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris berkata, program yang  telah memasuki edisi ke-14 sejak mula diperkenalkan pada tahun 2009 berjaya mengangkat imej Kenyir di persada antarabangsa.

Ujarnya, dengan kejayaan tersebut, kerajaan negeri berhasrat  menyenaraikan program berkenaan di dalam kalendar pelancongan pada tahun hadapan.

"Alhamdulillah saya melihat program ini cukup berjaya walaupun penyertaan agak kurang  berbanding tahun lepas tetapi ia meriah dengan acara yang melibatkan kepelbagaian segmen yang dilakukan oleh sekretariat IMCT.

"Saya melihat dengan adanya penyertaan dari luar negara ianya bertaraf antarabangsa, dan saya mencadangkan agar ia diperkasakan lagi di peringkat global bagi memperkenalkan Tasik kenyir berupaya membawa kepuasasan kepada kaki pancing di seluruh dunia," ujarnya,

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup International & Penyampaian Hadiah IMCT 2023, di Dapur Kenyir, di sini, hari ini.

Tambah Razali, penganjuran IMCT itu juga memberi banyak manfaat terutama kepada pengusaha 'houseboat', pemandu bot Tasik Kenyir dan juga penduduk kampung yang turut mendapat limpahan ekonomi secara langsung kesan kehadiran pengunjung ke tasik buatan itu.

Sementara itu, bagi memberi kepuasan kepada peserta, sejumlah 2,200 anak ikan lampam hasil sumbangan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu turut dilepaskan sebagai usaha mengalakkan pemancing meraih kemenangan, sekali gus menggalakkan perkembangan pembiakan sepesies ikan air tawar di Kenyir Geopark.

Untuk rekod, bermula IMCT  2015 hingga tahun lalu sejumlah 800,000 anak benih ikan spesies eksotik tempatan asli, termasuk Temoleh, Lampam, kelah, Jelawat, Kerandang dan Sebarau telah dilepaskan.