• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

TATIUC Juara Pertandingan Solidwork Skills Competition 2019


KUALA TERENGGANU, 15 September - TATI University College (TATIUC) muncul juara dalam pertandingan  Solidwork Skills Competition 2019 (East Coast Region) yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Ahli lembaga Pengarah TATIUC Ustaz  Nik Muhammad Nasri Bin Nik ‎Malek berkata, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada dua orang siswa program Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (FTKP), (Bachelor of Manufaturing Engineering Technology (Tooling) with Honours), Muhammad Affiq bin Roslan dan Nazirul Azizi bin Abu Bakar yang berjaya muncul sebagai johan.

“Ia menunjukkan pelajar-pelajar TATiUC sebenarnya mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pelajar institusi lain.

“Pencapaian seperti ini bukanlah kali pertama buat TATiUC, tetapi ia adalah hasil dari latarbelakang pusat pengajian itu sendiri, bersama tenaga pengajarnya dan sistem yang ada,’’ jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

 Justeru itu, beliau berharap agar kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pelajar berkenaan, jurulatih mereka dan orang lain di TATIUC untuk terus berjaya.

Menurutnya, solidworks adalah salah satu aplikasi perisian rekabentuk untuk  menghasilkan model berbentuk tiga dimensi.

“Kemahiran menggunakan perisian seumpama ini amat diperlukan dalam bidang “tool and die design” dan “tool and die making” yang menjadi aset kepada graduan TATIUC untuk terus dipraktikkan di industri,” ujar beliau.

Pertandingan anjuran ‘IME Group of Companies’ yang berlangsung pada 11 September 2019 telah menarik penyertaan 42 peserta dari Institusi-institusi Pengajian Tinggi di pantai Timur.

Tag: