• 09 Mei 2024 | 1 Zulkaedah 1445

TEKUN Anjur Konvoi Hayati Erti Kemerdekaan


KUALA NERUS, 9 September - Bagi menghayati dan mensyukuri nikmat kemerdekaan, TEKUN Negeri Terengganu mengadakan konvoi bermotosikal dari Kuala Nerus ke Hulu Terengganu.

Pengurus TEKUN Nasional Negeri Terengganu, Ghazali Husain berkata, program Jalinan Kasih Semarak Merdeka TEKUN Nasional Peringkat Negeri Terengganu itu melibatkan seramai 15 orang warga kerja mereka.

"Flag-off yang diadakan pagi ini adalah simbolik bagi konvoi yang akan diadakan. Mereka akan ke Hulu Terengganu dan menyampaikan sumbangan kepada kakitangan atau ahli keluarga kakitangan yang memerlukan.

"Ini bagi menyedarkan kita bahawa erti kemerdekaan yang kita kecapi ini haruslah dinikmati dan juga dikongsi kepada mereka yang kurang bernasib baik," ujar beliau ketika ditemuramah melakukan 'flag-off' di sini hari ini

Tambah beliau, program itu dilancarkan serentak di pejabat TEKUN Nasional seluruh negara dengan objektif yang sama.

"Kami amat bersyukur Pengerusi TEKUN Nasional kali ini dari Negeri Terengganu dan sudi bersama-sama kami dalam sesi pagi ini," jelasnya.


Tag: