• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

Terengganu FC Seru Penyokong Angkat Bendera Palestin

KUALA TERENGGANU, 1 November - Terengganu FC (TFC) menyeru kepada seluruh penyokong di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada Jumaat ini untuk sama-sama mengangkat bendera Palestin. 

TFC dalam satu kenyataan hari ini berkata, solidariti di perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 di antara TFC menentang Kuala Lumpur City bakal dilakukan ketika nyanyian lagu Negaraku.

Katanya, ia sebagai simbolik terhadap apa yang berlaku atas dasar keamanan dan kemanusiaan.

"Kami menyeru supaya penyokong mempamerkan aura yang berbeza.

"Di samping itu, lontaran suara yang dapat didengari dari Besut hingga ke Kemaman, 90 minit gema sorakan tanpa henti. 

"Antara perkara menarik yang bakal dijayakan pada Jumaat ini iaitu TIFO Gergasi dari ultras dan kelab penyokong," ujar kenyataan itu.

Seru TFC lagi, seluruh penyokong akan melakukan tepukan pembukaan 'Tranung Engkaulah Jiwaku' sebelum sepak mula yang akan diketuai oleh Ultras Tranung.

"Memasuki separuh masa kedua, ‘Half Time Show Product Toss’ akan diadakan yang melibatkan ratusan barangan cenderahati daripada Manis FM dilontarkan kepada penyokong yang hadir.

"Tabung derma Palestin juga disediakan yang akan ditempatkan di setiap pintu masuk stadium. 

"Kutipan akan dilakukan oleh Jabatan Urus Setia Belia Sukan & NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT)," jelasnya.

 


Tag: