• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Terengganu Juara MAKSAK Berbasikal 2023

KUALA NERUS, 5 November - Terengganu muncul juara keseluruhan kejohanan berbasikal Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2023 di sini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata naib juara dan tempat ketiga pula masing-masing dimenangi oleh Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, pada kejohanan itu seramai 12 pasukan bertanding yang melibatkan hampir 200 peserta.

“Terengganu telah diberi penghormatan untuk menganjurkan Kejohanan Berbasikal MAKSAK Malaysia Tahun 2023.

“Sebagaimana kita sedia maklum, kejohanan ini baru diperkenalkan pada tahun lepas dan turut diadakan di Negeri Terengganu," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Berbasikal MAKSAK Malaysia 2023 bertempat di Pekarangan Bandar Al-Wathiqu Billah,Kuala Nerus di sini hari ini.

Tambah Tengku Seri Bijaya Raja, penganjuran pada edisi pertama dianjurkan oleh MAKSAK Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu.

Ujar beliau, sebagaimana biasa, pungutan mata bagi penganjuran kali pertama tidak diambil kira. 

“Hanya pada tahun ini kejohanan ini mula dikira untuk mata keseluruhan pasukan yang bertanding.  

“Program tersebut berjalan lancar dengan cuaca yang baik sepanjang pertandingan berlangsung,” ujarnya.

 


Tag: