• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Terengganu Negeri Pertama Bagi Amalan Pertanian Baik

KUALA TERENGGANU, 12 Mei - Terengganu berjaya meraih tempat pertama dalam Malaysia dari aspek kejayaan Program Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGap) dan (MyOrganic) pada tahun 2021. 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar, Dr Azman Ibrahim berkata, kejayan itu membanggakan seluruh rakyat Terengganu.

“Semua kejayan yang diraih ini dapat dikecapi dengan usaha, kesungguhan dan penat lelah pasukan petani-petani Terengganu kita,” katanya. 

Beliau berkata demikian di laman sosial ‘facebook’ miliknya pada hari ini.
 
Dalam perkembangan berkaitan, pada 4 Ogos 2019, Kerajaan negeri telah merangka 128 program pertanian dalam tempoh lima tahun menerusi Pelan Strategik Hala Tuju Pertanian Terengganu hingga tahun 2023. 

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri berkata, penggarisan enam teras strategik yang mengandungi keseluruhan 61 strategi telah dirancang dalam masa tempoh lima tahun tersebut. 

“Fasa pemulihan pelbagai kemudahan infrastruktur pertanian dan asas tani sedia ada merupakan pendekatan yang difokuskan pada tahun 2019,” ujarnya.


Tag: