• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Terengganu Sedia Tabung Usahawan Tanpa Riba Sehingga RM20 Ribu

KUALA TERENGGANU, 17 Disember – Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) telah membuka permohonan tabung usahawan tanpa riba bagi membantu para peniaga untuk bangkit kembali pasca COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pihaknya bergerak proaktif dengan menyediakan satu bentuk dana tiada faedah dengan Bank Islam Malaysia Berhad.

“Program Pembiayaan Mikro Bangkit (BangKIT) merupakan suntingan berjangka dengan bermula dengan minimum RM3,000 sehingga RM20,000 tanpa cagaran, tanpa penjamin.

“Di samping Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS), bantuan kewangan ini bergerak seiring dengan peruntukan RM10 juta hasil pembentangan Bajet 2022.

“Menurut pihak Bank Islam, mereka tidak menetapkan jumlah peruntukan spesifik dan kerajaan Terengganu adalah satu-satunya kerajaan negeri yang bekerjsama bersama mereka, negeri lain hanya diadakan di bawah nama bank tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program Pembentangan Program & Aktiviti Tahun 2022 Di Bawah Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna di Hotel Seri Pacific, semalam.

Tambahnya, sejak berjalan pada bulan November, BangKIT telah mula menerima permohonan daripada usahawan tempatan.

“Oleh itu, menerusi program pembentangan portfolio selama dua hari ini, kita akan menyampaikan maklumat sebegini kepada wakil-wakil rakyat, pegawai penyelaras di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Dengan harapan supaya pengawasan di peringkat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) akan meningkatkan efisyen dan penerangan kepada peringkat akar umbi masyarakat,” katanya lagi.

Bagi yang berminat untuk memohon pembiayaan yang disediakan khas dibawah Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) boleh klik pada link yang tertera di bawah :

1) Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T)
bit.ly/SkimPembiayaanSP3T-TSK-DUNIA

2) Tabung Siti khadijah (TSK)
bit.ly/SkimPembiayaanSP3T-TSK-DUNIA

3) Skim Pembiayaan Atas Talian Terengganu (SPINT)
bit.ly/SkimPembiayaanAtasTalianSPINT

4) Skim Pembiayaan 'Mobile Truck' (SPMT)
bit.ly/SkimPembiayaanMobileTruckSPMT

5) Skim Dana Usahawan Asas Tani (DUNIA)
bit.ly/SkimPembiayaanSP3T-TSK-DUNIA

6) Dana Prihatin Terengganu - OKU (D-HATI)
bit.ly/DanaPrihatinTerengganuOkuDHATI

Bagi yang belum mendaftar sebagai Sahabat Usahawan Terengganu, sila klik link di :http://bit.ly/DaftarSahabatUsahawanYPU

Program Pembiayaan Mikro Bangkit (BangKIT) : https://ypu.com.my/program-pembiayaan-mikro-bangkit/