Jalur Gemilang
Berita :
Terengganu Sentiasa Buka Ruang Belia Sumbang Idea
Terengganu Sentiasa Buka Ruang Belia Sumbang Idea
Adli Mohamad
4 jam yang lepas
17

KUALA TERENGGANU, 19 November - Terengganu melalui pelaksanaan program seperti Future Terengganu Leader (FUTURE) sentiasa membuka ruang kepada belia negeri ini bagi menyumbang idea serta cadangan terhadap pembangunan kepimpinan dan komuniti.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, penglibatan belia melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), institusi pendidikan, agensi kerajaan dan rakan industri terlibat secara langsung dalam sesi konsultasi, penyediaan dasar dan pelaksanaan program.

Menurut beliau, penglibatan aktif golongan terbabit sepanjang tahun 2025 dan 2026 itu boleh diselaraskan berdasarkan rekod rasmi Urus Setia Belia Sukan (UBSNT) dan NGO Terengganu Sejahtera serta agensi pelaksana yang berkaitan.

"Kerajaan negeri melalui Akademi Kepimpinan Al-Fateh Terengganu juga sentiasa mengamalkan pendekatan kolaboratif dengan melibatkan NGO dan persatuan belia  sebagai rakan strategik dalam mengemudi Majlis Pembangunan Belia Terengganu.

"Selaku sekretariat utama yang dinaungi Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, penglibatan ini dilaksanakan melalui sesi libat urus, bengkel strategik, forum dan dialog, program pembangunan kepimpinan serta penganjuran program yang memberi ruang kepada NGO menyumbang pandangan, kepakaran dan pengalaman dalam usaha memperkukuh pembangunan modal insan belia negeri,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Terengganu Kelima Belas (BAJET), di Wisma Darul Iman, hari ini.

Dalam pada itu katanya, bagi pertubuhan belia penyertaan telah dibuka secara meluas dan tidak terhad kepada satu kluster sahaja .

"Pendekatan ini mengambil kira kedudukan golongan belia sebagai kelompok yang terlibat dan terkesan dalam pelbagai aspek pembangunan negeri.

"Ini termasuk isu sosial, ekonomi, pendidikan, keusahawanan, kesukarelawanan, sukan, kesejahteraan masyarakat dan pembangunan komuniti.

"Justeru, persatuan belia berpeluang menyertai sesi libat urus merentasi pelbagai kluster mengikut kesesuaian isu yang dibincangkan," ujarnya.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan