• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Terengganu Sudah Banyak Maju - Tun M

KUALA TERENGGANU, 6 November - "Terengganu sudah banyak maju," ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad setelah melihat perkembangan semasa dan pelan-pelan yang dirancang kerajaan negeri.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir mengadakan lawatan kerja ke Terengganu sebagai Penasihat Kehormat kepada empat negeri (SG4).

Pada lawatan tersebut, beliau telah berjumpa dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Iman pada pagi Khamis.

Tun Dr Mahathir berkata, buat masa ini banyak kerja-kerja kerajaan negeri sudah dilaksana dan sedang berjalan.

"Jadi tidaklah perlu banyak dibantu, kecuali bidang-bidang tertentu selain daripada yang sedia ada," katanya dalam hantaran di laman facebook rasmi miliknya.

Dalam siri lawatan itu, Tun Dr Mahathir turut menziarahi Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS), Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Rusila, Marang.

Ketika perjumpaan itu, beliau sempat berseloroh selepas 90 tahun lebih barulah dapat jejak kaki ke rumah kampung Presiden PAS tersebut.

"Didoakan semoga Tuan Guru Abdul Hadi Awang dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan, Insya-Allah," ujarnya 

 


Tag: