• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Terengganu Terus Perjuang Hak Royalti

KUALA NERUS, 28 Oktober – Kerajaan Terengganu terus berharap Kerajaan Persekutuan dapat melunaskan baki Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) Petroleum kepada negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya masih lagi berunding dengan kerajaan Persekutuan bagi tujuan berkenaan.

"Kerajaan masih lagi berunding supaya baki yang ada dapat diberikan sebagaimana biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Boling  Padang (Lawn Bowls) Kebangsaan bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini semalam.

Terdahulu, Ahmad Samsuri berkata Terengganu hanya menerima sebanyak RM405 juta bayaran dana khas (wang ehsan) daripada Kerajaan Persekutuan.

Bayaran tersebut dibuat dalam tempoh Disember 2022 hingga September 2023 dengan jumlah enam kali pembayaran.

Jumlah berkenaan adalah berbeza berbanding anggaran dana khas dalam belanjawan tahun 2023 iaitu lebih RM1.5 bilion dan tidak seperti tahun-tahun terdahulu.


Tag: