• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

'Terengganu Turtle Camp 2022' Didik Pelajar Kepentingan Ekosistem

KEMAMAN, 17 Jun- Program 'Turtle Camp 2022' mampu memupuk kesedaran kalangan pelajar tentang kepentingan menjaga ekosistem marin yang akan memberi manfaat kepada seluruh kehidupan.

Ketua Pegawai Eksekutif WWF, Sophia Lim berkata, di Terengganu acara terbabit melibatkan seramai 30 mahasiswa membabitkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Universiti TATI, Institut Latihan Pendidikan (RANACO) dan Universiti Zainal Abidin (UniSZA).

"Ia telah diadakan sejak tahun 2015 untuk mendidik para pelajar ini bahawa penyu bukan sahaja merupakan warisan semula jadi dan ikon negeri Terengganu tetapi juga mempunyai peranan penting dalam ekosistem marin.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada acara penutup program berkenaan.

Kem itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar neger, Dr Azman Ibrahim, di Santuari Penyu Ma'daerah sini, pada semalam 

Ujar Sophia, pewartaan pantai Ma'daerah sepanjang 1.7 kilometer dan tanah pamah bersebelahan sebagai santuari penyu adalah penting.

"Keunikan yang ada di sini seharusnya dipelihara dan dilindungi, dan kepelbagaian biodiversitinya dihayati melalui program-program strategik seperti 'Terengganu Turtle Camp' ini," katanya.

Dalam pada itu WWF turut mengiktiraf Geng Plastik Ija (GPI) sebagai pejuang baru komuniti di Terengganu dalam kempen mengutamakan kebersihan pantai.