• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

KUALA TERENGGANU, 26 Januari - Kerajaan Terengganu hari ini menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor atas sumbangan berjumlah RM500 ribu bagi membantu usaha pemulihan negeri akibat banjir.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melalui kenyataan di Facebook peribadinya hari ini, memaklumkan menerima sumbangan tersebut dalam satu majlis yang disempurnakan secara atas talian bersama Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari, pagi ini sebagai simbolik penyerahan.

"Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

"Alhamdulillah, setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor atas sumbangan berkenaan bagi membantu Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha pemulihan pasca banjir di negeri ini," tulisnya.


Tag: