Tetamu Teruja Beraya Di Rumah Terbuka ADUN Tepoh

KUALA NERUS, 9 Mei - Ribuan tetamu mengakui teruja dapat hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Tepoh anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tepoh di Dewan Serbaguna Tepoh di sini kelmarin.

ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul karim berkata rata-rata pengunjung gembira dengan penganjuran rumah terbuka berkenaan setelah dua tahun tidak dapat menikmati suasana perayaan akibat pandemik COVID-19.

Katanya, program yang bermula jam 11 pagi sehingga jam 3 petang itu turut dikunjungi  masyarakat Cina sekitar.

"Seawal jam 10.00 pagi, Dewan Serbaguna Tepoh telah mula dikunjungi orang kunjungan orang ramai mulai tiba tanpa putus.

"Agak ramai pengunjung sehingga saya tidak sempat untuk santuni semua pengunjung samada dari dalam dan luar DUN Tepoh serta perantau Terengganu amat dihargai oleh saya dan semua pasukan kerja kami.

"Penat lelah pasukan kerja kami melaksanakan kerja-kerja persiapan cukup berbaloi melihat senyum tawa semua pengunjung," ucap Hishamuddin.

Pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang bergambar bersama ADUN Tepoh sambil beramah mesra di samping anak-anak mereka turut menerima duit raya daripada beliau.

Pelbagai menu disediakan untuk tetamu yang hadir bagi memberi peluang suasana kemeriahan Hari Raya yang telah 2 tahun tertunda akibat pandemik termasuklah nasi minyak dan gulai kerbau yang menjadi menu utama pada hari tersebut.


Tag: