• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Tiada Kes Curi Libatkan Mangsa Banjir

KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Polis tidak menerima sebarang laporan kecurian mahupun kehilangan harta benda di setiap rumah penduduk yang terjejas banjir.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, sepanjang tempoh penduduk terjejas banjir berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di samping anggota pasukan keselamatan mengiatkan rondaan.

"Sekiranya ada sebarang kecurian atau kehilangan harta dan sebagainya boleh membut laporan di balai polis berdekatan," ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagaimana dilaporkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ketika ditemu bual menjadi tetamu secara langsung dalam siaran Berita Wilayah, di sini, semalam.

Dalam pada itu Mazli yakin tiada sebarang aduan kejadian jenayah kerana pemantauan melalui rondaan yang sering diadakan.

"Kita percaya selama kejadian banjir ini, kita tidak mendapat sebatang aduan berkaitan rumah yang kena pecah masuk dan sebagainya.

"Kerana pihak polis sentiasa membuat rondaan di kawasan-kawasan yang terkena banjir," katanya.