• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Tidak Pernah Cairkan Prinsip Dasar Perjuangan

Ustaz Idris Ahmad menyampaikan ucapan di Muktamar. Foto - Tengku Syamim Tengku Ismail
KUALA TERENGGANU - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak pernah mencairkan prinsip dasar perjuangan Islam kerana ianya adalah kekuatan yang ada pada PAS.

Naib Presiden PAS Ustaz Haji Idris Haji Ahmad berkata, parti PAS tetap mempertahankan jati diri walaupun sesetengah orang mengatakan bahawa PAS rugi  dari dunia politik.

Tambahnya, PAS mempunyai prinsip dasar yang jelas dan menhala tujuan tang telus dalam sesebuah pemerintahan.

“Hari ini kita menyebut dan kita berkumpul dengsn satu tekad ialah untuk kita mempertegaskan lagi  tentang dasar perjuangan kita,

“Apa sahaja yang kita nak bawa soal itu kita nak merangka strategi dan menentukan hala tuju kita yang kita tentukan ialah Islam,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Muslimat PAS Malaysia di Dewan Konvensyen Taman Tamdun Islam, baru-baru ini, Jumaat, 14 September.

Katanya, dasar yang dibawa oleh PAS ialah apa yang Islam perintahkan maka lalui dengan kemampuan yang ada sekadar dengan kuasa yang ada pada pemerintahan.

Tambahnya, apa yang dilarang oleh agama hendaklah ditinggalkan secara menyeluruh.

“Kita bersama dengan PAS kerana kita yakin  ini ialah salah satu cara untuk kita nak lakukan amal soleh.

"Walaupun dikatakan ketegasan di sini PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS seperti mana yang ditulis lalu disebut oleh pimpinan kita.

“Begitu juga masjid bukan Islam dan Islam bukan masjid tapi kerja untuk mendirikan masjid (adalah) kerja amal yang membolehkan pahala di sisi Allah SWT,” katanya.

Menurutnya, walaupun PAS dituduh penunggang agama tetapi parti PAS tidak menghalang orang lain berkata.

“Dasar Islam tidak akan berubah daripada dulu hingga kini dan Insya-Allah sampai bila-bila, ini yang penting kepada kita.

“Ianya tidak akan berubah sama ada waktu kita menang ataupun waktu kalah dan kita tidak pernah larang dengan suasana dan keadaan sehinggakan kita mengadaikan prinsip kita iaitu Islam,” jelasnya.


Tag: