• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

DUNGUN, 16 Disember - Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka mula dibuka semalam untuk menempatkan mangsa banjir. 

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Dungun, Ahmad Kamal Hakim Bin Ngah, setakat kemaskini jam 2.00 pagi ini, ketiga-tiga PPS berkenaan ialah PPS SK Tebing Tembah telah dibuka pada Jumaat jam 9.00 malam yang menampung 19 dewasa, 10 kanak-kanak, 1 bayi, dan 1 warga emas, melibatkan 9 keluarga dengan jumlah mangsa sebanyak 34.

"Di samping itu PPS Dewan Sivik Paka turut dibuka pada 10.41 malam, menampung 28 lelaki dewasa, 19 perempuan dewasa, 4 kanak-kanak lelaki, 2 kanak-kanak perempuan, 1 bayi perempuan, serta 1 OKU lelaki dan 1 OKU perempuan. Jumlah keluarga di PPS ini adalah 13, dengan jumlah mangsa sebanyak 54," ujarnya. 

Sementara itu, PPS SK Kampung Nyior dibuka pada 11.00 malam, menampung 2 lelaki dewasa, 1 perempuan dewasa, 2 kanak-kanak lelaki, 5 kanak-kanak perempuan, serta 1 OKU lelaki dan 1 OKU perempuan. Jumlah keluarga di PPS ini adalah 2, dengan jumlah mangsa sebanyak 12.

"Cuaca semasa di kawasan tersebut adalah hujan. Trend peningkatan diperhatikan pada jumlah PPS, jumlah keluarga, dan jumlah mangsa. Kami akan terus mengikuti perkembangan dan memberikan maklumat terkini," katanya.