• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

Tragedi Tanah Runtuh Dapat Perhatian Wakil Rakyat

MARANG, 22 November - Kejadian tanah runtuh berhampiran rumah Abang Mat Jahit di Kampung Gondang mendapat perhatian ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.

Sulaiman berkata, pihaknya telah mengambil tindakan segera untuk menangani masalah tersebut.

"Bagi memastikan keselamatan mangsa dan keluarga terjamin, saya telah menghubungi agensi berkaitan untuk mendapatkan bantuan dan sokongan teknikal bagi menilai dan menangani isu tanah runtuh ini.

"Keselamatan Abang Mat adalah keutamaan kami. Kami akan mengambil langkah-langkah segera untuk memastikan keselamatan mereka sekeluarga," kata Sulaiman ketika melawat keluarga terbabit hari ini.

Dalam pada itu, Mat Jahit menzahirkan rasa lega dan berterima kasih kerana Sulaiman memberikan perhatian serta tindakan segera terhadap masalah yang dihadapinya.

"Saya sangat bersyukur kerana Ustaz Sulaiman mengambil tindakan segera. Ini memberi kami keyakinan bahawa masalah ini akan ditangani dengan berkesan," ujarnya.

Sulaiman memberi komitmen untuk terus memantau perkembangan dan memberikan bantuan yang diperlukan bagi menangani isu tanah runtuh ini.

Beliau juga mengingatkan penduduk setempat untuk sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi situasi yang mungkin timbul selagi proses penilaian dan penanganan sedang berjalan.