• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Tujuh Jalan di Hulu Terengganu Ditutup Akibat Banjir

HULU TERENGGANU, 24 Disember - Tujuh jalan di daerah Hulu Terengganu ditutup untuk laluan kenderaan selepas ditenggelami banjir gelombang ketiga yang melanda daerah ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Raja Saripah Robiah Raja Sulaiman berkata, jalan Kampung Matang, ditenggelami banjir sedalam 0.4 m dan ditutup sejauh 100 m kepada semua kenderaan.

Sementara itu, Jalan Kampung Lubuk Periuk-Kampung Felda Mengkawang ditenggelami banjir sedalam 0.5 meter (m) dan ditutup sejauh 100 m kepada kenderaan ringan.

"Jalan Kampung Pengkalan Ajal pula, air melimpah sedalam 1.1 m, sejauh 300m dan ditutup kepada semua kenderaan.

"Sementara itu, Jalan Kampung Kuala Ping, paras air melimpah sedalam 0.5m di sepanjang 100 dan ditutup kepada kenderaan ringan.

"Ini termasuk Jalan Kampung Jak yang mana paras air melimpah sedalam 0.5 m dan ditutup kepada semua kenderaan sejauh 50 meter," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Jalan Kampung Felcra Pasir Pelata juga ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana dinaiki air sedalam 0.4 m.

Selain itu, Jalan Kampung Nibong pula paras air melimpah sedalam 0.5m dan ditutup kepada semua kenderaan.

Menurutnya, pihak polis menasihati orang ramai melakukan perancangan terlebih dahulu bagi mengelakkan kesulitan terutama terperangkap di kawasan terbabit.


Tag: